Sunday, 24 June 2012

CD Selawat versi Melayu...



Asalamualaikum...

Demi menyemarakkan lagi rasa DAKWAH CINTA pada BAGINDA saw untuk diri, keluarga dan UMMAH serta usaha kecil kita untuk "membina halaqah selawat dlm semua struktur masyarakat.".dapatkan siri QASIDAH dan SELAWAT Versi MELAYU (RM 5.90):

Jika berminat :


smskan <nama><Jumlah CD> <alamat> ke 
013-2227631 - Amirrul Firdaus Abdul Rahman


kemudian saya akan reply jumlah wang yang perlu di masukkan ke akaun:


Amirrul Firdaus B Abdul Rahman
Akaun maybank : 155 108 773 849



Bagi tempahan untuk cenderahati majlis perkahwinan perlu dibuat paling lewat seminggu sebelum (harga istimewa)


membeli sambil menderma bagi pembangunan AKADEMI RIBATH MALAYSIA serta MADRASAH.
  


Blog: http://qasidahmelayu.blogspot.com/

"Di SINI BERMULANYA CINTA"





Qasidah Melayu

Promo Anak-Anak Berselawat Pulau Pinang

Qasidah Melayu..Anak-Anak Berselawat

Thursday, 21 June 2012

qasidah Melayu


QASIDAH MELAYU ini mula dilancarkan secara rasmi sempena Penubuhan Anak-Anak Berselawat di Terengganu.

Satu lagi perkembangan yang sangat positif bagi para pencinta Rasulullah saw. CD yang sudah lama dinanti-nantikan...

Zahirkan Cinta Kepada Rasulullah saw






Ramai masih kebingungan
memahami bahasa Cinta
keluar kalimah yang canggung
mengelikan jiwa pencinta

Cinta adalah sesuatu yang hidup
membara meronta dalam jiwa
maka ia perlu dizahirkan
dengan pelbagai cara

Menyambut Maulidur Rasul
adalah bahasa Cinta
untuk menzahirkan Cinta
pada kekasihnya yang amat dicintai

Para Sahabat r.a. menzahirkan Cinta
dengan mata yang tiada berpaling dari wajah Baginda
Ahlu Bait menzahirkan Cinta
dengan tangisan yang penuh kerinduan
para ulama menzahirkan Cinta
dengan tulisan yang mengali sunnahnya
para ahli sufi menzahirkan Cinta
dengan syair yang penuh mengasyikan

Mengadakan majlis Maulidur Rasul
adalah menifistasi para pencinta
lantaran tiada lagi dapat menatap wajah Baginda
melepaskan rindu dengan alunan syair
yang penuh pujian buat Baginda

Namun semua mengerti
Cinta yang benar suci
menghidupkan sunnahnya dalam segala aspek kehidupan
meletakkan kecintaan pada Baginda melebihi diri dan keluarga
sanggup berkorban harta atau nyawa
dalam mempertahankan Baginda

Teruskan sebar kalimah Cinta yang Agung
pada Baginda sebagai hamba Kekasih Allah
hanya jangan sampai melampau
menganggap Baginda adalah Tuhan atau anak Tuhan
seperti kaum nasrani yang diselewengkan dajal
dalam menzahirkan Cinta pada Nabi Isa a.s.